

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengakui Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mampu membentuk kerajaan negeri, namun berharap ia memperoleh kerusi untuk berperanan sebagai semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri Johor selepas PRN.
Beliau berkata, kehadiran wakil pembangkang yang kuat penting bagi memastikan setiap dasar dan perbelanjaan kerajaan dipantau.
“Walaupun kita tak dapat bentuk kerajaan, kita perlukan juga kerusi yang mencukupi supaya kita boleh menjadi pembangkang yang melaksanakan semak dan imbang.
“Kerajaan yang ada tidak boleh buat sesuka hati. Mereka perlu menjelaskan bagaimana wang negeri dibelanjakan dan dipersoalkan dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika berucap pada Ceramah Bersatu Demi Johor di Parit Raja.
Muhyiddin berkata, rakyat perlu menggunakan pilihan raya…