

PAS menjangkakan saingan sengit di DUN Bukit Kepong jika parti itu bertanding di kerusi berkenaan pada PRN Johor, 11 Julai ini.
Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata parti itu belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon di Bukit Kepong yang kini disandang Ketua Bersatu negeri Dr Sahruddin Jamal.
“PAS belum muktamad sama ada mahu letak calon di Endau dan Bukit Kepong.
“Di Bukit Kepong, kita jangka persaingan sengit jika berlaku pertandingan,” katanya kepada FMT.
Pada PRN 2022, Sahruddin yang juga bekas menteri besar Johor menang di DUN Bukit Kepong dengan majoriti 710 undi.
Pertembungan PAS dan Bersatu mungkin berlaku susulan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan kerjasama politik keduanya putus.
Kelmarin, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata Bersatu bersedia berdepan PAS habis-habisan.
Mengulas lanjut, Mahfodz…