
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.
“Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah berjaya memenangi PRN Melaka. Jadi di Johor ini temanya ialah kestabilan demi masa depan,” katanya semasa menjadi tetamu program Suara Johor terbitan Bernama TV, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia, di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu, Hasni Mohammad.
Beliau berharap, kesemua 56 calon BN pada PRN Johor ini terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing,…