Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Johor: Pelbagaikan kelayakan undi pos, termasuk mahasiswa, MUDA beritahu SPR

today4 February 2022

Background



Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kelonggaran mengundi secara undi pos perlu diberikan supaya hak mengundi semua rakyat Johor terjamin.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempertimbang mempelbagai kelayakan undi pos, bagi memastikan peratusan tinggi keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, ada pengundi Johor yang sukar pulang seperti yang berada di Sabah dan Sarawak, selain mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar, berkata kumpulan itu perlu diberikan kelonggaran mengundi secara undi pos, supaya hak mengundi semua rakyat Johor terjamin.

“Bagi kira-kira 200,000 rakyat negeri ini yang bekerja di Singapura pula, MUDA harap mudahkan prosedur mengundi, termasuk di kedutaan Malaysia di negara republik itu.

“Ini tanggungjawab SPR untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi,” katanya menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Liverpool tetap idam Carvalho

London: Jurgen Klopp berkata strategi Liverpool selalunya mahu membina skuad masa kini dan masa depan sambil mendedahkan kelab masih berminat dengan penyerang remaja Fulham, Fabio Carvalho selepas menandatangani penyerang Porto, Luis Diaz.

today4 February 2022