
JOHOR BAHRU: Parti Sosialis Malaysia (PSM) malam ini mengumumkan akan bertanding satu kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.
Timbalan Pengerusi PSM S Arulchelvan berkata parti itu memilih seorang pengarah filem iaitu R Arangkannal, 46, atau lebih dikenali sebagai Ara, sebagai calon tunggal untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar.
“Ara juga telah menjadi aktivis selama 10 tahun dan bersama dengan PSM selama dua tahun di Kota Iskandar,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PSM di Kampung Baru Kangkar Pulai dekat sini.
Pengarah Pilihan Raya Nasional PSM itu juga berkata Ara dipilih mengikut polisi parti yang menggariskan bahawa calon perlu berkhidmat di kawasan ditandingi…