Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Johor: PKR guna logo sendiri bukan luar biasa, kata Wong Chen

today26 January 2022

Background



Ahli Parlimen Subang Wong Chen, berkata parti komponen Pakatan Harapan (PH) boleh memilih sama ada menggunakan logo parti masing-masing atau logo PH.

PETALING JAYA: Keputusan PKR tidak menggunakan logo Pakatan Harapan (PH), sebaliknya menggunakan logo parti sendiri menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti bukanlah tindakan luar kebiasaan, kata Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Beliau berkata, walaupun keputusan parti berkenaan kelihatan mengundang kontroversi, namun ia bukan dilakukan di luar konteks PH, termasuk penggunaan logo untuk bertanding.

“Pada PRN Sabah, September 2020, DAP dan Amanah tidak mahu menggunakan logo PH dan ingin bertanding di bawah logo Warisan walaupun Warisan bukannya parti komponen PH.

“Parti komponen PH boleh memilih sama ada menggunakan logo parti masing-masing atau logo PH,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, proses pembahagian kerusi bagi PRN Johor sudah diselesaikan secara baik sesama parti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post