

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 305 laporan dan aduan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen bagi PRN Johor ke-16 setakat semalam.
SPR dalam kenyataan malam ini memaklumkan daripada jumlah itu, 140 kes melibatkan bahan kempen yang dipasang di kawasan larangan pihak berkuasa tempatan manakala 90 kes membabitkan bahan kempen menghalang pandangan pengguna jalan raya dan lalu lintas.
Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 27 kes melibatkan bahan kempen yang berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat mengundi manakala bakinya, iaitu 48 kes merangkumi pelbagai kesalahan lain.
“Semua laporan dan aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) telah diambil tindakan susulan yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
SPR turut memaklumkan…