Hot FM

PRN Johor: Tak pernah umum keputusan, masih pantau, lihat keadaan semasa, kata Hasni



Hasni Mohammad berkata, walaupun ramai suka menjadi nombor satu, tetapi Johor tidak suka istilah itu merujuk kepada kelebihan satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor masih memantau dan melihat keadaan semasa berhubung keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN), kata Menteri Besarnya, Hasni Mohammad.

Hasni yang juga Ketua Umno Johor, bagaimanapun, berkata tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan untuk mengadakan PRN.

“Saya masih berpendapat bahawa saya perlu lihat keadaan apabila kerajaan negeri hanya ada satu majoriti, walaupun ramai suka jadi nombor satu, tetapi Johor tidak suka istilah itu (kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN)).

“Kalau ada pihak yang mengatakan bila hendak PRN, ataupun ada kemungkinan sudah ada tarikh untuk pilihan raya kecil atau PRN, seingat saya, sebagai Menteri Besar tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan selain daripada melihat dan meninjau kemungkinan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version