

Puad Zarkashi menegaskan tindakannya keluar Umno bukan kerana tidak puas hati anaknya tidak dipilih calon, sebaliknya bantahan terhadap sistem pemilihan calon parti itu untuk PRN Johor.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata dakwaan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau bertindak demikian kerana anaknya tidak menjadi calon adalah tidak tepat.
“Maka sistem pilih calon itu yang saya protes. Apabila tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada?
“Parti jadi milik eksklusif. Sebab itu saya melakukan kamikaze untuk sedarkan pemimpin,” katanya di Facebook.
Beliau juga menegaskan isu beliau mencadangkan nama anaknya untuk bertanding di DUN Rengit yang diwakilinya sebelum ini tidak sepatutnya dijadikan pertikaian.
“Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu?
“Kalau…