
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua membidas sebuah sekolah Cina terkemuka kerana mempelawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk berucap di kampus Johor Bahrunya.
Ahli Parlimen Damansara itu mengkritik lembaga pengelola Sekolah Tinggi Foon Yew kerana mempelawa “kleptokrat terkenal di dunia”.
“Lembaga pengelola sekolah itu menunjukkan contoh paling buruk untuk anak-anak kita,” tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau berkata, mempelawa Najib berucap di sekolah itu menunjukkan kepada pelajar bahawa menipu, berbohong, mencuri dan menyalahgunakan kuasa boleh diterima.
Pua menuntut pengelola sekolah itu dipecat kerana “tidak berintegriti” dan gagal menunjukkan teladan baik kepada pelajar.
“Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Cina. Tetapi jika ini adalah hala tuju pengelola sekolah, maka kita sedang…