
Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, merupakan penyandang DUN Benut selama tiga penggal sejak PRU ke-12. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pertukaran calon pada saat akhir selepas pengumuman calon tidak bererti individu terbabit ditolak atau tidak layak bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, perubahan itu dilakukan atas faktor calon yang diletakkan memenuhi kriteria dan komponen utama bagi meraih kemenangan pada PRN Johor, 12 Mac ini.
“Pertukaran calon tidak bererti perubahan itu sebagai kaedah atau mendapati calon berkenaan tidak sesuai, ia bukan begitu.
“Ini adalah kerana kita mahu menggunakan pendekatan wakil wanita yang tinggi. Begitu juga dengan wakil orang muda yang sewajarnya, selain meletakkan kelulusan…