Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Kelantan: BN-PH muktamad agihan kerusi Ahad ini

today21 June 2023

Background


Peruntukan kerusi yang lebih diberi kepada BN mengambil kira kekuatan jentera berbanding PH.

BN dan PH belum memutuskan sama ada akan meletakkan “poster boy” untuk PRN Kelantan.

PETALING JAYA: Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan dijangka memuktamadkan agihan kerusi PRN pada pertemuan, Ahad ini.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Umno Kelantan Akhbar Salim berkata menerusi rundingan awal, BN akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding rakannya dalam kerajaan perpaduan berkenaan.

“Sebab kena lihat juga dari segi kekuatan jentera dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Akhbar berkata proses rundingan masih berjalan termasuk membabitkan tuntutan tiga kerusi tambahan yang diminta PH.

Mengulas cadangan supaya Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah pilihan raya, Akhbar berkata perkara itu akan dibincangkan secara lanjut.

Beliau berkata PH dan BN juga belum memutuskan sama ada akan meletakkan “poster boy” untuk PRN.

“Belum putuskan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post