
DAP menyasarkan untuk mempertahankan empat kerusi yang disandangnya pada PRN Melaka, iaitu DUN Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.
Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP Wong Kah Woh berkata, parti itu turut mengintai peluang untuk merebut tiga lagi kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH), iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu.
Beliau berkata, jentera DAP dari seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu kempen tujuh calon parti itu di bawah penyelarasan Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong.
“Kami akan cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk memenangi empat kerusi yang kami menang pada PRN lepas tetapi pada masa sama, kami hendak menang lebih daripada itu,” katanya selepas merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya DAP…