Hot FM

PRN Melaka: MCA dapat 1 lagi kerusi, cabar kubu kuat DAP


wee ka siong
Presiden MCA Wee Ka Siong berkata partinya akan bertanding di Bandar Hilir iaitu kubu kuat DAP. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

MCA mendapat satu lagi kerusi pada PRN Melaka 14 Nov ini, menjadikan jumlah ditandingi Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 22 daripada 21 sebelum ini.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata parti itu akan bertanding di Bandar Hilir iaitu kubu kuat DAP, selepas rundingan terbaru antara BN dan Perikatan Nasional (PN), yang membentuk kerjasama bagi PRN itu.

Katanya, MCA akan mempertaruhkan Jasmine Lok, 38, ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang juga ketua penerangan MCA negeri untuk mencabar kerusi majoriti Cina itu.

Wee berkata, pimpinan tertinggi PN setuju memberi laluan kepada MCA kerana Bandar Hilir adalah kerusi tradisi parti itu.

“Pada 4 petang tadi, Pengerusi BN Zahid Hamidi menyerahkan surat watikah pelantikan kepada calon berkenaan.

“Pengundi di kawasan itu mengenali MCA dan kita mempunyai ahli majlis tempatan yang berkhidmat di sana,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version