Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Melaka: ‘YB Hulk’ akur keputusan Bersatu, sedia tanding di mana-mana

today5 October 2026

Background


Norhizam Hassan Baktee
Bekas Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee berkata, rakyat Melaka mahukan wakil yang dekat dengan mereka, sentiasa turun padang selesai masalah tidak kira waktu.
PETALING JAYA:

Norhizam Hassan Baktee, atau lebih dikenali sebagai ‘YB Hulk’ berkata, beliau akur dengan apa jua keputusan pucuk pimpinan Bersatu berhubung PRN Melaka, termasuk jika tidak mencalonkannya bertanding di kerusi Pengkalan Batu.

Naib ketua Bersatu Hang Tuah Jaya itu berkata, beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi DUN jika diamanahkan menjadi calon.

“Kalau ditakdirkan saya tak ada rezeki di Pengkalan Batu, saya tidak ada masalah kalau ada orang lain lebih baik untuk dicalonkan di sana.

“Kalau saya diamanahkan parti untuk bertanding di tempat lain (juga) saya akur. Saya bersedia untuk dicalonkan di mana sahaja,” katanya kepada FMT.

“Selebihnya saya serah kepada rakyat untuk menilai rekod perkhidmatan saya, memandangkan saya pernah jadi wakil rakyat dan exco Melaka sebelum ini.”

Mengulas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post