

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Annuar Musa, berkata mustahil untuk gabungan itu memenuhi permintaan 15 kerusi yang dikemukakan Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan.
Semalam, Bersatu mengumumkan ia akan bertanding menggunakan logo sendiri di Negeri Sembilan, dengan Presidennya, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beberapa parti lain turut menyuarakan minat bertanding atas tiket parti itu pada 1 Ogos ini.
Annuar berkata, keputusan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri bermakna parti itu “secara sukarela memilih untuk mufarakah” daripada PN pada PRN Negeri Sembilan.
Jelasnya, langkah itu tidak mengejutkan kerana pemimpin PN dimaklumkan sejak bulan lalu berhubung rancangan Bersatu menghidupkan platform politik lain.
“Keputusan…