
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan mengetuai perincian calon dan kerusi bakal ditandingi gabungan itu pada PRN negeri itu, Ogos depan.
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata perbincangan berhubung perkara itu turut membabitkan Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias serta pimpinan parti komponen BN negeri.
“Umno dan BN Negeri Sembilan kini sedang memperincikan calon akan diketengahkan.
“Saya serahkan soal perincian itu kepada pengerusi BN Negeri Sembilan (Mohamad),” katanya kepada pemberita selepas satu majlis Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Negeri Sembilan akan diadakan 1 Ogos depan dengan penamaan calon ditetap 18 Julai manakala penamaan calon 28 Julai.
DUN Negeri Sembilan dibubarkan 5 Jun, menyusuli ketegangan politik selama beberapa minggu, yang tercetus Mei lalu…