

Umno Negeri Sembilan sedia bergerak solo sekiranya PRN diadakan dalam tempoh terdekat, terutama selepas Pakatan Harapan (PH) menyerang Barisan Nasional (BN) secara terbuka pada ceramah semalam.
Ketua Pemuda Mohamad Fadil Md Zin malah mendakwa masing-masing telah bergerak solo dari segi penganjuran program selama kerajaan perpaduan terbentuk di Negeri Sembilan.
“Sepanjang pengetahuan saya, mesyuarat terakhir bersama pimpinan parti serta pimpinan sayap yang berada dalam kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan juga adalah pada Julai 2023 iaitu sebelum PRN15,” katanya kepada FMT.
Meskipun soal kerjasama di tangan Umno pusat, Fadil mendedahkan Umno Negeri Sembilan ‘lebih selesa’ bergerak solo.
“Sebab kita boleh buat keputusan gerak kerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana gabungan…