Razarudin Husain berkata ini bagi mengelakkan wujudnya kegusaran dan mencetuskan rasa tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

GEORGE TOWN: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu .
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata oleh itu, parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen khususnya berkaitan 3R.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan wujudnya kegusaran dan mencetuskan rasa tidak harmoni dalam kalangan rakyat sepanjang proses PRN itu nanti.
“Kita nampak apabila isu 3R dimainkan maka akan berlaku perpecahan dan mewujudkan keadaan tidak harmoni…