Pemuda PH Kelantan sangsi sama ada kos membawa balik pelajar universiti awam dan swasta balik mengundi sehingga RM30 juta.

PETALING JAYA: Bimbang dana RM30 juta “projek khas” membawa pulang pelajar universiti awam dan swasta akan disalah guna, Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketuanya, Zulhazmi Hassan berkata, walaupun peruntukan itu dibentang kerajaan negeri dalam Bajet Kelantan 2023, namun timbul keraguan besar berhubung kaedah dana itu akan digunakan.
“Hal ini kerana kerajaan negeri Kelantan melalui menteri besar (Ahmad Yakob) telah mengumumkan pihaknya menyediakan kemudahan perkhidmatan bas untuk membawa pulang pelajar universiti awam dan swasta untuk pulang mengundi pada PRN 12 Ogos ini. Perkara itu diuruskan oleh…