Hot FM

PRN Sabah: MCA mahu tanding 6 kerusi


Teah Heok Kuin
Pengerusi MCA Sabah Teah Heok Kuin berkata pihaknya sasar kerusi yang dimenangi DAP dan Warisan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: MCA Sabah memutuskan untuk bertanding enam kerusi dalam PRN akan datang, sekaligus menepis dakwaan mengatakan parti itu mahu menarik diri daripada bertanding.

Pengerusi Teah Heok Kuin kata antara kerusi yang disasarkan ialah Kapayan, Likas, Karamunting, Elopura serta Segama dan Tanjong Kapor.

Katanya, perkara itu dibincangkan di peringkat MCA Sabah dan sudah dimaklum secara tidak rasmi kepada pemimpin BN negeri.

“Cuma selepas ini ia akan dibincangkan di peringkat BN Sabah untuk dimuktamad. Kerusi yang kita sasar tanding itu ada kawasan campuran dan ada kawasan majoriti Cina,” katanya kepada FMT.

Teah berkata tiga daripada kerusi itu diduduki DAP dan tiga lagi disandang Warisan.

Walaupun berdepan laluan sukar, Teah optimis MCA mampu merampas kerusi itu sekiranya semua komponen BN bersatu dan bekerja dalam satu pasukan.

“Jentera MCA sudah buat kerja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version