
PETALING JAYA: PRN Sabah adalah medan ujian sama ada setiap parti mendengar antara satu sama lain, kata seorang pemimpin Umno.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, merujuk kerjasama BN-PH dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau BN-PH dengan Warisan pada PRN dijangka berlangsung tahun depan.
“Umum mengetahui Umno kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan,” katanya di Facebook.
Kenyataan itu menyusul selepas Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata pendapat gabungan tersebut harus didengar bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.
Menjawab kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Zahid berkata Umno, yang merupakan tunjang BN, amat mengambil berat soal kesetiaan dalam berpolitik.
Mengulas lanjut, Puad berkata Umno sememangnya mengutamakan kesetiaan dalam berpolitik menyebabkan parti itu tetap kekal…