
PETALING JAYA: Warisan akan bertanding PRN Sabah tidak lama lagi secara solo, kata presidennya, Shafie Apdal.
Bekas ketua menteri Sabah itu menolak spekulasi kemungkinan membentuk pakatan pilihan raya dengan parti lain, sambil menegaskan bahawa Warisan adalah parti berbilang kaum yang mewakili semua rakyat Sabah, lapor The Star.
“Kami akan bertanding sebagai satu parti, dan pakatan kami adalah dengan rakyat,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Menurut Shafie, parti berbilang kaum seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memenangi pilihan raya Sabah dan membentuk kerajaan negeri sebelum ini.
“Kerajaan satu parti bukan sesuatu yang baharu bagi Sabah dan rakyatnya. Kami (Warisan) mungkin tidak mempunyai sumber kewangan, tetapi kami menawarkan diri kepada rakyat,” katanya.
Pengumuman ini dibuat selepas Barisan Nasional (BN) Sabah…