
KUCHING: Hanya tinggal sehari lagi sebelum pilihan raya negeri (PRN) Sarawak berlangsung dan ramai pemerhati menjangkakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga yang selesa di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Namun ini tidak akan mudah dicapai; persaingan sengit dijangka di beberapa kerusi.
Seramai 347 calon dan 10 parti bertanding bagi merebut 82 kerusi, termasuk GPS, Pakatan Harapan (PH), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).
FMT melihat lapan kerusi utama, bersama penganalisis felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya, dan felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun, bagi mempertimbangkan kemungkinan…