
PETALING JAYA: Calon Parti Gabungan Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Tiong King Sing, mengingatkan pihak tidak bertanggungjawab supaya berhenti menuduhnya membeli undi, seperti tersebar di laman media sosial, baru-baru ini.
Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu, berkata beliau mahu rakyat menyokong atas khidmat bakti yang telah diberikan, bukan melalui beli undi.
Katanya, taktik kotor seperti itu dilakukan demi memenangi kerusi tersebut, namun beliau berharap supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.
“Saya sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu dan tidak pernah beli undi daripada rakyat. Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada…