Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Selangor: Peluang Umno mungkin lebih cerah tanpa Noh, KJ, kata Fahmi

today6 February 2023

Background



Fahmi Fadzil menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di Bangsar hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, peluang Umno pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor mungkin lebih cerah dengan ketiadaan bekas pemimpinnya, Noh Omar dan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Noh dan Khairy dilapor meramalkan peluang Umno untuk memenangi kerusi di PRN Selangor tipis berikutan “gelombang hijau” Perikatan Nasional.

“Mungkin bila mereka tiada dalam parti itu, mungkin peluang bagi parti itu lebih cerah,” kata Fahmi selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai, Bangsar.

Jumaat lalu, Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan berkata, parti komponen BN negeri sudah memutuskan kerusi yang ingin ditandinginya pada PRN dan akan berbincang secara terperinci dengan Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Noh yang juga bekas ketua Umno Selangor dilaporkan berkata, berdasarkan keputusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post