Mohd Yusri Ibrahim berkata tinjauan kaji selidik mendapati golongan itu cenderung ubah sokongan.

PETALING JAYA: Sifat “tidak setia” pengundi muda membuka peluang kepada semua parti mendapatkan sokongan kelompok itu pada PRN, menurut seorang ahli akademik yang turut mengetuai bahagian penyelidikan sebuah badan pemikir.
Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu Mohd Yusri Ibrahim berkata, tinjauan kaji selidik pasca PRU15 sehingga Mac lalu dijalankan bersama Ilham Centre mendapati pengundi muda yang majoritinya memilih Perikatan Nasional (PN) dilihat cenderung membuat keputusan lain.
“(Pada) PRU15, pengundi muda khususnya segmen Melayu Islam mengundi PN. Namun undi tersebut bersifat semasa dan bukan setia.
“Ada juga yang hendak ‘kalih’ ke Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam wacana santai untuk mengupas dapatan awal menjelang PRN di Selangor, Negeri…
