Site icon Hot FM

PRN: SPR buka permohonan jadi pemerhati hari ini


Permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Borang sebagai pemerhati PRN boleh dimuat turun di laman sesawang SPR.

PUTRAJAYA: Permohonan sebagai pemerhati bagi PRN, dibuka bermula hari ini sehingga 7 Julai depan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan.

“Pemohon perlu melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan,” katanya.

Pada PRU15, enam negeri melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version