Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Profesional Walau Berpisah, Yasmin Hani & Bekas Suami Hadir Sekolah Anak Bersama

today8 February 2024

Background

Pelakon Yasmin Hani memuat naik beberapa keping foto bersama anak-anak dan bekas suaminya, Shahrin Mohammed Razali.

Menerusi hantarannya itu, Yasmin dan Shahrin dilihat hadir bersama ke sekolah anak mereka bagi mesyuarat bersama guru.

Kata Yasmin, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak amatlah penting untuk perkembangan anak-anak.

“Alhamdulillah selesai Parents Teacher Meeting. Yang penting ada improvement. Parents involvement in kids education is very important. Especially in Primary. Of course Secondary and Tertiary too.

“I dont know how long i can teach but at least must get involved. There are other aspects juga penting. But i’m not gonna talk about it here,” katanya.

Susulan itu, rata-rata warganet memuji sikap pelakon itu dan bekas suami yang profesional dalam menjaga anak mereka walaupun sudah berpisah.

“Very professional ya parent gini… tak perlu fight pasal anak.

“Good nya parent gini. Takde rebut rebut.

“Macam ni bagus demi anak anak parents berbaik. Bukan menjadi toxic dalam jiwa anak anak dengan keegoaan masing-masing,” komen warganet.

Yasmin Hani

Untuk info, Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2015 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Written by: Salma