Hot FM

Program Edu+ sasar kukuh sektor pelancongan pendidikan


(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) hari ini melancarkan program Edu+, bertujuan mengukuhkan sektor pelancongan pendidikan di negara ini, serta mempromosikan pertukaran budaya dengan menumpukan usaha menarik pelajar antarabangsa.

Timbalan menteri, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, program itu menggabungkan pendidikan pelbagai aspek pengalaman berkaitan pelancongan termasuk penghayatan budaya, program inap desa, ekopelancongan serta kegiatan sukan.

“Sebanyak 19 institusi pendidikan swasta dan lapan agensi pelancongan telah menyatakan komitmen untuk menawarkan pakej Edu+ dan kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Program itu dijangka menarik 10,000 pelajar pada 2024 serta menjana pendapatan sebanyak RM50 juta untuk negara,” katanya pada pelancaran Program Edu+ hari ini.

Khairul Firdaus berkata, fasa percubaan program itu akan menyasarkan pasaran Jepun dan akan diperluas ke Korea, China, Rusia dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version