Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

Program Kesedaran Kanser Payudara: Bulan Pink 2024

today22 October 2024

Background

Felda Travel dengan kerjasama Masjid Al-Hasanah dan LPPKN Negeri Selangor akan mengadakan Program Kesedaran Kanser Payudara: Bulan Pink 2024.

Anda dijemput hadir untul menyebarkan kesedaran dan menunjukkan sokongan kepada mereka yang terjejas oleh kanser payudara.

Bawa keluarga dan rakan anda untuk acara yang bermakna ini!

Tarikh: Ahad, 27 Oktober 2024
Waktu: 8:30 Pagi – 12:30 Tengah Hari
Lokasi: Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
Kod Pakaian: Pink (Tunjukkan sokongan anda!)

Sorotan Acara:

  • Saringan Kesihatan Percuma oleh LPPKN Selangor:
  1. Papsmear HPV DNA percuma
  2. Pendaftaran Mammogram
  3. Saringan kesihatan umum
  4. Pameran Kesihatan
  5. Bicara Kesihatan tentang Kesedaran Kanser Payudara
  6. Sesi Berkongsi Kisah dari Penghidap Kanser

Aktiviti Menarik untuk Kanak-Kanak:

  1. Peraduan mewarna
  2. Aiskrim percuma
  3. Pertemuan dengan maskot

Tawaran Istimewa: Tasbih Pink percuma untuk 100 pendaftar terawal!

Kami mengalu-alukan kehadiran anda dan keluarga untuk bersama-sama menjayakan program ini. Mari kita bersatu dan tunjukkan sokongan kita dalam perjuangan melawan kanser payudara!

Poster Acara

Written by: Mifzal


Previous post