Pada 11 Jun ini, bersempena International Day of Play, Yayasan Generasi Gemilang (GG) membawakan kesedaran akan kekurangan yang dihadapi keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan melalui program berasaskan komuniti, Kita Main (program bebas daripada UNICEF).
Program Kita Main ini merupakan program perkembangan awal kanak-kanak yang menyokong ibu bapa dalam menyediakan rangsangan awal berkualiti untuk anak-anak mereka di rumah.
Selama 8 bulan, ibu bapa akan menerima buku, mainan, dan petua yang berguna untuk membantu anak-anak mencapai potensi mereka.
Dengan slogan, Main, Baca, Bina, program komuniti ini membawa tujuan membantu ibu bapa sebagai pendidik pertama anak mereka melalui aktiviti bermain.
Kajian mendapati, apabila aktiviti bermain digabungkan bersama aktiviti membaca, ia boleh membantu kanak-kanak kecil membina asas bahasa, pemikiran, dan minat belajar yang berkekalan.