
KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan pembetungan terbesar negara, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, menawarkan program pemerkasaan ilmu berkaitan kelestarian alam sekitar kepada graduan tempatan sempena sambutan ulang tahunnya ke-30.
Program ‘Perantis IWK’ itu akan dijalankan pada Julai secara percuma. kata pengerusinya, Ahmad Johnie Zawawi.
“Program ini menawarkan pengalaman pembelajaran unik bagi membina pembangunan insaniah khusus untuk graduan muda tempatan atau siswazah tahun akhir,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun IWK Ke-30 di IWK Eco Park, Pantai Dalam, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
“Selain memperkasakan golongan belia, program ini diyakini mampu mendorong mereka ke arah kemampanan dengan menyediakan kemahiran insaniah dan nilai-nilai kepimpinan, di samping belajar mencipta kempen…
