Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan saringan awal kanser serviks iaitu Ujian HPV DNA secara PERCUMA kepada wanita yang layak. Ujian HPV DNA adalah kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks dalam kalangan wanita. Ujian HPV DNA ini tidak menyakitkan dan boleh dilakukan sendiri. Kriteria wanita yang layak adalah seperti yang berikut:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
ii. Berumur 30 – 65 tahun; dan
iii. Wanita dalam kalangan B40 dan M40.
Wanita yang layak boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA di 49 buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara sehingga Disember 2023. Layari laman web lppkn.gov.my untuk maklumat lanjut.