
PETALING JAYA: Acara seumpama Program Setahun Kerajaan Madani akan dianjurkan dengan format skala lebih kecil, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Katanya, ia dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.
“Saya harap dalam suku pertama (penganjuran program berkenaan di peringkat negeri) tetapi kita kena selaraskan sebab kita tahu bulan Mac ialah bulan puasa, jadi mungkin kita kena ada penyelarasan sebelum jadual diumumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran TV1 sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata program di peringkat negeri itu juga akan dianjurkan padat dengan maklumat mengenai setiap kementerian serta perkhidmatan yang dapat…