Dalam pada itu, Lukanisman menggalakkan sektor swasta dan kerajaan negeri untuk berkolaborasi bagi melaksanakan program suntikan influenza berkenaan.
“Sebagai contoh ketika Covid-19 terdapat kerajaan negeri seperti Selangor dan Sarawak berusaha sendiri untuk menambah bilangan vaksinasi.
“Bagi warga emas ini kaedah yang sama kita boleh bincang di peringkat kementerian,” katanya.
Beliau berkata KKM kini sedang giat menaik taraf klinik yang daif di bawah kementerian di seluruh negara.
Difahamkan, setakat ini terdapat sebanyak 455 projek naik taraf yang sedang berjalan setiap hari di seluruh negara termasuk 41 projek di Kedah.
Ditanya mengenai projek menaik taraf di Hospital Kulim yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, Lukanisman memberitahu kerja awal sedang dijalankan untuk mengenal pasti keperluan dan spesifikasi hospital yang akan dibangunkan.