
Program Women In Search Of Excellence (WiSE) bukan sekadar perkongsian ilmu, malah menjadi pemangkin transformasi usahawan wanita melangkah lebih jauh daripada perusahaan kecil kepada perniagaan berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran lebih luas.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah melalui ekosistem keusahawanan komprehensif, program itu membuka ruang kepada usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan, memperluas jaringan profesional serta mengasah kemahiran diperlukan bagi menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
“Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran program seperti ini juga mampu melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berani mencipta peluang, menjana ekonomi keluarga serta menyumbang secara signifikan kepada…