Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Projek Air Perak-P Pinang dijangka meterai minggu depan

today16 June 2026

Background


Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata perbincangan mengenai Projek Air Perak-Pulau Pinang memasuki fasa akhir.
GEORGE TOWN:

Rundingan dan perbincangan mengenai Projek Air Perak-Pulau Pinang memasuki fasa akhir dengan perjanjian antara kedua-dua pihak dijangka dimeterai pada penghujung minggu depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata majlis menandatangani perjanjian itu dijangka berlangsung di Ipoh, Perak namun tertakluk kepada pemuktamadan beberapa perkara teknikal yang sedang diperhalusi oleh pakar dan pegawai daripada kedua-dua pihak.

“Pelbagai aspek teknikal masih diperhalusi oleh pakar dan pegawai kedua-dua pihak bagi memastikan setiap terma dalam perjanjian dipersetujui bersama.

“Semua dibincangkan (termasuk harga), cuma apabila kita meneliti perjanjian, ada banyak bahasa teknikal, pakar dan sebagainya untuk dihalusi serta dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perkara sedemikian yang kita lihat sebelum ia ditandatangani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post