
PETALING JAYA: Kumpulan veteran tentera menyifatkan kehilangan RM6 bilion bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) contoh jelas berlakunya penyelewengan, salah tadbir dan rasuah yang didakwa secara meluas di peringkat kementerian.
Sambil mendesak perdana menteri bertindak “segera dan menghentikan kerosakan” menerusi kepimpinan, kumpulan berkenaan ingin mengetahui sama menteri pertahanan ketika itu boleh dilepaskan daripada bertanggungjawab terhadap kegagalan projek itu.
Adakah menteri pertahanan berseorangan berhubung projek LCS atau adakah tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab untuk memberi taklimat secukupnya kepada menteri, kata brigadier jeneral bersara, Arshad Raji, yang juga presiden Persatuan Patriot Kebangsaaan.
Menteri pertahanan…