
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan, sama ada peruntukan itu disalurkan melalui Ahli Parlimennya atau tidak.
Beliau berkata ia termasuk program pembasmian kemiskinan tegar dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kawasan.
“Sama ada ia (peruntukan disalur) melalui Ahli Parlimen atau tidak, projek (untuk) rakyat diteruskan,” katanya selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan bersama warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Perdana Menteri seterusnya menasihati Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak mempolemikkan isu peruntukan tersebut sehingga membuat dakwaan kononnya mereka dihimpit beban kewangan kerana tidak menerimanya.
Anwar menjelaskan perkara itu tidak wajar kerana setiap Ahli Parlimen, termasuk…