
PETALING JAYA: Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, Perlis, berhampiran Padang Besar, dijangka siap Julai tahun depan, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata, satu kertas Jemaah Menteri akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh dua bulan ini bagi mendapatkan kelulusan pemindahan operasi kargo yang ketika ini dilaksanakan di Padang Besar ke PIP, menurut laporan Bernama.
“Sekiranya projek ini dimulakan, sudah tentu ia akan menjadi satu projek ekonomi yang dapat merangsang ekonomi di negeri kawasan utara dan Semenanjung,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di Sepang hari ini.
Beliau berkata, secara prinsipnya kementerian beliau bersetuju dan menyokong usaha itu kerana akan mencungkil lebih banyak potensi untuk mengendalikan lebih banyak kargo antara Thailand dengan Malaysia.
Katanya, proses memindahkan…