
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan tidak wajar buat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar kembali berjalan mengikut jadual, hasil pemantauannya.
Yeoh dalam kenyataan berkata sebaliknya pembinaan projek dibiayai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu kembali mengikut jadual susulan lawatan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Disember lalu yang memberi amaran tegas kepada kontraktor.
“Bukan kerana ‘lawatan’ Ahli Parlimen Muar,” katanya sambil menjelaskan projek itu turut dipantau KBS dab Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Hairi Mad Shah.
“Tidak wajar untuk Ahli Parlimen Muar mendakwa ia adalah hasil usaha pemantauan beliau, sedangkan ianya tidak benar sama sekali,”…