
SANDAKAN: Tempoh masa terlalu lama yang diambil oleh kedutaan negara asal bagi prosedur pengeluaran dokumen perjalanan menjadi punca kelewatan pengusiran warga asing di Sabah, kata Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud.
Katanya, walaupun sempadan telah dibuka tahun ini, kebanyakan pendatang yang menunggu lama, merupakan mereka ditahan di depoh tahanan pada 2020 lagi iaitu sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.
“Terdapat 15,166 warga asing sedang ditahan di depoh tahanan Imigresen di seluruh negara dan daripada jumlah ini. Di Sabah terdapat 7,200 ditahan di depoh tahanan dengan kira-kira 6,000 adalah warga Filipina.
“Pengusiran kini akan terus dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ada sekarang, iaitu warga Filipina melalui pelabuhan di Sandakan ke Zamboanga dan Indonesia melalui…