Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Proses minuman keras tanpa lesen, 4 warga asing dicekup

today18 August 2022

Background



Ketua Pengarah Kastam Zazuli Johan (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan botol berisi arak yang dirampas Kastam Zon Tengah Unit III (LTAKL) di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. (Gambar Bernama)

SEPANG: Empat warga asing disyaki melakukan pengilangan minuman keras tanpa lesen bernilai RM3.4 juta ditahan selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah melakukan dua serbuan di sekitar Lembah Klang, 21 Julai lalu.

Dalam serbuan pertama di sebuah gudang di Batu Arang, Selangor, kastam menahan empat lelaki warga asing berusia antara 24 dan 37 tahun.

Ketua Pengarah Kastam, Zazuli Johan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menyita minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai sebanyak 5,876 liter yang dianggarkan bernilai RM414,891 dengan duti terlibat sebanyak RM462,105.

Beliau berkata, turut disita peralatan memproses minuman keras seperti mesin memproses bahan mentah, tong berisi cecair disyaki alkohol,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post