
KUALA LUMPUR: Proses prakelayakan bagi pelaksanaan setiap fasa Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah yang kini dijalankan, diyakini dapat membantu Kementerian Kerja Raya (KKR) memilih kontraktor yang terbaik untuk pembinaan projek berkenaan.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata proses prakelayakan bertujuan mengelakkan berlakunya proses tender secara terlalu terbuka sehingga ada syarikat mengambil kesempatan.
“Kita berpengalaman, kalau terlalu terbuka tanpa prakelayakan akan ada manipulasi … syarikat tidak berkemampuan, tidak berkelayakan akan masuk tender dan buat pembidaan palsu. Jadi, kita ada masalah memilih siapa yang sepatutnya dapat.
“Saya yakin proses ini membantu kita memilih (kontraktor) terbaik, itu harapannya dan kita tidak mahu pelantikan (syarikat) yang tidak mampu dan tidak…