
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa cubaan Presiden Umno, Zahid Hamidi memulakan prosiding komital terhadapnya dibuat dengan niat jahat untuk menangguhkan perbicaraan fitnah yang sedang berlangsung.
Mahathir, 99, berkata wawancara media selepas prosiding mahkamah pada 5 Dis lalu sekadar mengulangi keterangannya dalam saman libel terhadap Zahid pada 2022.
Menurutnya, Zahid tidak memohon perintah larangan bersuara untuk menghalang media melaporkan prosiding itu atau beliau bercakap kepada media.
“Perbicaraan di Mahkamah Tinggi menarik ramai penyokong dan tiada kenyataan saya yang menunjukkan sikap tidak hormat kepada mahkamah atau mengganggu pentadbiran kehakiman,” kata Mahathir dalam afidavit difailkan untuk mengetepikan permohonan ex-parte Zahid yang mendakwa beliau menghina mahkamah.
Pada 7 Jan…