Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Prospek perniagaan dijangka lebih cerah pada suku ketiga

today27 August 2024

Background


kl skyline
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, semua sektor menjangkakan perspektif perniagaan yang lebih cerah bagi suku ketiga tahun ini.

KUALA LUMPUR: Semua sektor menjangkakan perspektif perniagaan yang lebih cerah bagi suku ketiga 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Menerusi kenyataan Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Ketiga 2024 yang dikeluarkan pada Selasa, Ketua Perangkawan Uzir Mahidin berkata peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan yang menggalakkan di Malaysia bagi suku ketiga 2024.

“Petunjuk keyakinan positif sebanyak +4.7%, meningkat daripada +0.7% pada suku kedua 2024,” katanya dalam kenyataan yang sama.

DOSM menjelaskan petunjuk keyakinan itu menggambarkan bahawa peniaga menjangkakan perspektif perniagaan yang lebih meyakinkan bagi suku ketiga 2024.

“Sentimen peniaga dalam sektor industri kekal menggalakkan dengan +4.1% pada suku rujukan berbanding +5.3% pada suku sebelumnya.

“Sentimen kukuh ini disokong oleh keyakinan positif daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post