Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Proton tawar diskaun 20% bagi alat ganti, caj buruh baiki kenderaan mangsa banjir

today22 December 2021

Background



Proton akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100 bagi pelanggan yang telah membuat laporan polis.

KUALA LUMPUR: Proton menawarkan diskaun 20% bagi alat ganti tertentu dan caj buruh untuk memperbaiki kerosakan kenderaan modelnya bagi pelanggan yang telah membuat laporan polis, susulan banjir baru-baru ini.

Bernama melaporkan syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, fenomena banjir baru-baru ini menjejaskan ribuan penduduk, terutamanya di Selangor dan Shah Alam.

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan, termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post