Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRU belum sesuai diadakan dalam masa terdekat, kata UPKO

today27 November 2021

Background



Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau berkata, penularan Covid-19 menyebabkan orang ramai takut untuk keluar mengundi sekali gus menyebabkan jumlah peratusan keluar mengundi rendah. (Gambar Bernama)

PENAMPANG: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat memandangkan negara ketika ini berdepan kebimbangan penularan Covid-19, kata Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, selain bimbang dengan keselamatan pengundi, UPKO berpandangan hal itu juga menyukarkan parti politik untuk menyampaikan mesej kepada pengundi kerana ruang berkempen yang agak terhad.

Beliau berkata, penularan Covid-19 menyebabkan orang ramai takut untuk keluar mengundi sekali gus menyebabkan jumlah peratusan keluar mengundi rendah.

“SOP (prosedur operasi standard) berkempen semasa PRN (pilihan raya negeri) Melaka baru-baru ini juga kita dapat lihat parti bertanding tidak dapat cakap atau sampaikan maklumat serta tawaran dengan baik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post