
CHUKAI: Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan untuk bergerak solo bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata parti gabungan itu akan berusaha keras memenangi seberapa banyak kerusi di Parlimen untuk membentuk kerajaan sendiri pada PRU15.
Bagaimanapun, beliau yang juga pengarah pilihan raya BN berkata, jika keputusan menunjukkan sebaliknya, pihaknya sedia berunding dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan yang mantap dan stabil demi kemakmuran rakyat.
“Walaupun ramai orang kata bahawa kami akan pergi dengan parti itu, parti ini pada PRU15, BN masih kekal dengan keputusan untuk pergi secara solo dengan disokong oleh parti rakan.
“Selepas pilihan raya kami tengoklah, kalau menang dan dapat tubuh sendiri kerajaan…Alhamdulillah. Jika tidak, keputusan parti akan tentukan dengan siapa…